Friday, August 31, 2007

LAUNGAN MERDEKA BERGEMA DI SMKB
Sambutan Kemerdekaan negara ke-50 peringkat sekolah tahun ini amat meriah sekali dengan bermacam aktiviti dan pertandingan yang bermula dari pertengahan bulan Ogos sehinggalah acara kemuncaknya pada 30hb. Banyak perubahan yang telah di buat terutama Gerak kerja dan susun atur aktiviti dari gabungan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan serta Panitia Pendidikan Seni. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyediaan jalur gemilang, pertandingan nyanyian karaoke lagu-lagu patriotic dan lagu-lagu asli, lukisan dinding dan berbagai-bagai aktiviti lain lagi. Laungan kemerdekaan Bergema sebanyak 7 kali dari Pengetua dan 7 kali dari PK1 adalah antara acara yang ‘baru’ dan terkini dibuat. Semangat serta komitmen dari warga sekolah adalah nadi kepada kejayaan sambutan kemerdekaan kali ini.

(Guru yang bekerja keras "bergaya" sempena sambutan kemerdekaan. Dari kiri En Zamri, En Razak, En Zakaria, En Derus(cameraman), En Masri, En Samih dan En Anthony)


(Perhimpunan terakhir pada petangnya)

No comments: