Wednesday, October 8, 2008

SMK BENGKONGAN AKAN DITADBIR OLEH PENGETUA BARU (belum kemaskni)

Tuesday, September 4, 2007


MAGGI MAKANAN RASMI SAMBUTAN KEMERDEKAAN ?



Friday, August 31, 2007

LAUNGAN MERDEKA BERGEMA DI SMKB
Sambutan Kemerdekaan negara ke-50 peringkat sekolah tahun ini amat meriah sekali dengan bermacam aktiviti dan pertandingan yang bermula dari pertengahan bulan Ogos sehinggalah acara kemuncaknya pada 30hb. Banyak perubahan yang telah di buat terutama Gerak kerja dan susun atur aktiviti dari gabungan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan serta Panitia Pendidikan Seni. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyediaan jalur gemilang, pertandingan nyanyian karaoke lagu-lagu patriotic dan lagu-lagu asli, lukisan dinding dan berbagai-bagai aktiviti lain lagi. Laungan kemerdekaan Bergema sebanyak 7 kali dari Pengetua dan 7 kali dari PK1 adalah antara acara yang ‘baru’ dan terkini dibuat. Semangat serta komitmen dari warga sekolah adalah nadi kepada kejayaan sambutan kemerdekaan kali ini.

(Guru yang bekerja keras "bergaya" sempena sambutan kemerdekaan. Dari kiri En Zamri, En Razak, En Zakaria, En Derus(cameraman), En Masri, En Samih dan En Anthony)


(Perhimpunan terakhir pada petangnya)

Wednesday, August 29, 2007


PERTANDINGAN AKHIR LAGU-LAGU MELAYU ASLI DAN PATRIOTIK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE -50 PERINGKAT SMK BENGKONGAN
Hari ini, berlangsung pertandingan akhir dendangan lagu-lagu asli dan patriotik peringkat sekolah sempena kemerdekaan negara. Ramai pelajar yang mengambil bahagian dan nampaknya acara ini sungguh meriah sekali. Ramai penonton membanjiri kawasan dewan pertandingan sehinggakan ada yang terpaksa berdiri kepanasan demi memberi sokongan kepada peserta. Tak lupa juga sokongan padu dari guru-guru terutama o'tai nya cikgu Jaikum yang sejak dari awal tidak berganjak dari tempat "sound system"(...dia lah tukang adjust saound...ada elaun ke cikgu? nanti isi borang claim).Hakim yang mengadili acara ini adalah tidak asing lagi....cikgu Jamaludin, cikgu Alex, cikgu Siti Dismah dan cikgu Romana yang expert dalam pitching- memitching ni. Apapun tahniah cikgu Rusia dan cikgu Elah yang mengembeling tenaga menjayakan pertandingan ini. Nanti esok penutupan sambutan kemerdekaan pula. Sama-sama kita tunggu..................

Tuesday, August 28, 2007

Monday, August 27, 2007

CUBA TEKA LUBANG APA NI?


Hari ni, guru-guru dikejutkan dengan penemuan satu lubang pelik dibangunan pentadbiran. Ramai yang tertandatanya bagaimana lubang ini boleh wujud? Kenapa ia wujud? Dan Apakah kesan kewujudan lubang pelik ini? Harap-harap pengunjung blog ni dapat teka lubang apa ni.....yang pasti kalau tanya guru SMK Bengkongan, sudah tentu semuanya dapat menjawab. Lubang ini ialah.....jeng...jeng....jeng kelompangan lantai pusat sumber sekolah. Kewujudan lubang ini menandakan bangunan pentadbiran SMKB sudah semakin tak selamat...maknanya warganya perlu berhati-hati. Ini mungkin disebabkan lantai kayu yang sudah reput dan kalau tidak dibaiki segera akan megancam keselamatan pengunjung pusat sumber ini sama ada guru mahupun pelajar atau pekerja pembersihan sekolah. Oleh yang demikian pihak pentadbiran (En Marmoh Kasman selaku pengetua) perlu mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini demi kepentingan dan keselamatan bersama. Hidup Pengetua!!!

Thursday, August 16, 2007

KEJAYAAN NADAL FATA HADIAH BERMAKNA BUAT PENDUDUK KOTA MARUDU
Festival Kompang, Berzanji Dan Marhaban Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) kelmarian (2 Sya’ban/15 Ogos 2007) telah melonjakkan nama kumpulan Nadal Fata di arena seni Berzanji dan Marhaban di negeri Sabah sekaligus menaikkan imej daerah Kota Marudu dan membawa berita gembira buat penduduk Islam sekitarnya. Biarpun baru sahaja ditubuhkan dengan bilangan 10 orang anggota yang berbeza latar belakang dan keturunan namun dengan semangat kerjasama dan semangat “ISLAM BOLEH” (dlm konteks berdakwah) kumpulan ini berjaya menewaskan beberapa kumpulan lain yang bertanding dari pelbagai daerah antaranya daerah Ranau, Kota Belub, Kudat, Pitas dan Matunggong. Biarpun persaingin cukup sengit antara Nadal Fata dengan ‘johan menunggu’ dari daerah Kota Belud namun dengan kelebihan Vokal ‘Rawi’ dari Ustaz Rafi Ghalil Abas telah meletakkan Nadal Fata sebagai johan untuk pertandingan kali ini. Nadal Fata yang di anggotaai oleh Ust. Azam, Ust. Ajirin, Ust.W. .Mohd Nasir, Ust. Rahim, Ust Shahrudin (Mat Syah), En. Zakaria (Guru SMK Bengkongan), Hafeez, M.Rashidi dan M.Fidaus dapat membawa pulang hadiah sebanyak RM 350 . PTA JHEINS daerah Kota Marudu Cik Norizawati Mahmud yang setia dari awal program sehinggalah ke acara penangguhan turut berbangga dengan kejayaan ini. Nadal Fata akan mewakili PBU ke peringkat negeri nanti yang diberitakan akan diadakan di daera Kudat dalam masa terdekat ini. TAHNIAH!!! buat NADAL FATA