Thursday, August 16, 2007

KEJAYAAN NADAL FATA HADIAH BERMAKNA BUAT PENDUDUK KOTA MARUDU
Festival Kompang, Berzanji Dan Marhaban Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) kelmarian (2 Sya’ban/15 Ogos 2007) telah melonjakkan nama kumpulan Nadal Fata di arena seni Berzanji dan Marhaban di negeri Sabah sekaligus menaikkan imej daerah Kota Marudu dan membawa berita gembira buat penduduk Islam sekitarnya. Biarpun baru sahaja ditubuhkan dengan bilangan 10 orang anggota yang berbeza latar belakang dan keturunan namun dengan semangat kerjasama dan semangat “ISLAM BOLEH” (dlm konteks berdakwah) kumpulan ini berjaya menewaskan beberapa kumpulan lain yang bertanding dari pelbagai daerah antaranya daerah Ranau, Kota Belub, Kudat, Pitas dan Matunggong. Biarpun persaingin cukup sengit antara Nadal Fata dengan ‘johan menunggu’ dari daerah Kota Belud namun dengan kelebihan Vokal ‘Rawi’ dari Ustaz Rafi Ghalil Abas telah meletakkan Nadal Fata sebagai johan untuk pertandingan kali ini. Nadal Fata yang di anggotaai oleh Ust. Azam, Ust. Ajirin, Ust.W. .Mohd Nasir, Ust. Rahim, Ust Shahrudin (Mat Syah), En. Zakaria (Guru SMK Bengkongan), Hafeez, M.Rashidi dan M.Fidaus dapat membawa pulang hadiah sebanyak RM 350 . PTA JHEINS daerah Kota Marudu Cik Norizawati Mahmud yang setia dari awal program sehinggalah ke acara penangguhan turut berbangga dengan kejayaan ini. Nadal Fata akan mewakili PBU ke peringkat negeri nanti yang diberitakan akan diadakan di daera Kudat dalam masa terdekat ini. TAHNIAH!!! buat NADAL FATA

1 comment:

lina madina said...

saya ucapkan tahniah di atas setiap kejayan aktiviti yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah.semoga pihak sekolah akan terus aktif dalam sebarang aktiviti.saya linah madina bekas pelajar spm 2005 mengucapkan tahniah sekali lagi.saya ucapkan terima kasih pada guru2 yang telah banyak membimbing saya untuk menjadi insan yang berguna.saya yang kini berada pada tahun ke-3 dalam jurusan diploma juruteknologi makmal perubatan.mengucapkan banyak2 terima kasih tanpa bimbingan dan tunjuk ajar guru2 saya tidak akan sampai sehingga ke tahap ini.semoga smk bengkongan terus aktif dalam apa jua bidang