Sunday, August 12, 2007

CERAMAH PENGUKUHAN AQIDAH DAN SAHSIAH PELAJAR MUSLIM
SMK BENGKONGAN
Alhamdulillah pada hari ini 11/08/07 dari pagi lebih kurang jam 8.30 sampailah jam 1.00 ptg program yang di atur oleh Panitia PAI SMKB berjalan dengan lancar. Biarpun sehari sebelumnya ada sedikit ketegangan antara salah seorang guru kami dengan tuan pengetua namun ianya tidak menghalang perjalanan program yang amat penting ini. Apa tak pentingnya kerana ia bertujuan untuk membentuk dan memberi motivasi serta menyedarkan para pelajar tentang peri pentingnya menjaga aqidah dan solat dalam memperkasakan keperibadian seorang muslim. Disamping masalah sekarang pelajar muslim di sekolah makin teruk kes-kes disiplin dan agak ketinggalan dalam akademik (tidak semuanya...tapi boleh dikatakan agak ramai).
Walaupun penyertaan pelajar muslim tidak 100% namun dengan kehadiran pelajar yang mencecah 60-70 itu memberi gambaran bahawa rupanya pelajar-pelajar disini memang dahagakan suapan ilmu agama/rohani. Kehadiran 2 penceramah iaitu Ust Mohd Syukur Bahari dan Ust Khairul Anuar Mohd Nawi telah memberi banyak input-input berguna kepada pelajar dan guru2. Biarpun cuaca yg agak terik panasnya namun pelajar dapat memberi komitmen dan perhatian kepada ceramah di tambah pula sesekali ada jenaka dan gelak ketawa yang dihidangkan oleh 2 ustaz yang dijemput. Begitu juga dengan komitmen beberapa orang guru seperti cikgu Jamaludin (Kaunselor sekolah), cikgu Razak, Cikgu Amiah, Cikgu Siti Dismah, Cikgu Zaitty menghangatkan dan menyerikan lagi majlis/program ini. Guru Panitia PAI Ustzh Zaizan dan Ustzh Wan Nurul Hajar yang menjadi nadi program nipun terus menerus memberi komitmen dan tak berganjak dari masjid sehingga tamat program. Tahniah ustzh. Beginilah yang diharapkan. Panitia perlu aktif untuk memberi manfaat kepada pelajar. Kalau boleh lepas ni terus-menerus buat kelas amali sbb ada dikalangan pelajar yang masih x pandai solat sepenuhnya. Luang sedikit masa amali kepada pelajar dengan dtg sebelum waktu persekolah sbgmana tercatat dalam jadual waktu. InsyaAllah dapat membantu kepada pelajar-pelajar kita. Satu lagi.... bagi menjayakan lagi program seumpama ini pada masa akan datang cadangan beberapa perkara perlu dibuat antaranya:
- diharap rakan2 guru-guru muslim di sekolah dapat ikut sama program sebagai tanda sokongan disamping pihak pentadbir yang perlu cakna memberi arahan dan juga ikut serta program.(kecuali guru-guru yg ada hal penting yg x dpt dielakkan)
- Program ini patut disasarkan sekali kepada ibubapa pelajar dan juga PIBG bg meramaikan lagi penyertaan (tahniah kpd En Nordin yg dapat hadir pada ceramah kali ini sehingga tamat ceramah, sebgai salah seorang wakil dari ibubapa pelajar. biarpun tak sempat solat berjemaah bersama kerana perlu beredar awal)
- Kalau boleh buat sekali kain rentang sebagai hebahan dan juga tanda menunjukkan kepentingan program
- Kalau boleh libatkan sekali remaja dan pemuda kampung sekitar
- Kalau boleh juga panitia PAI membentuk jawatankuasa dari kalangan guru dan pelajar dalam memberi fokus menjaga kebajikan...kebersihan...keceriaan dan lain-lain serta menjadikan surau Bintasan Laut sebagai surau angkat.
- Dan apa-apa yang dirasakan baik dan munasabah......mungkin cikgu Jamal ada idea tambahan .......tu.
Program tadi diakhiri dengan solat hajat berjemaah bagi semua pelajar tak kira yg ambil PMR dan SPM atau tidak.Kami bersurai setelah menjamu hidangan makan tengahari.Kata Ustzh Zaizan kos makanan perkepala untuk majlis ini RM 4.50. jadi, adalah guru yang complain dan merasakan agak mahal juga....emm termasuk saya. Tapi tak apalah. Harap2nya lps ni untuk program seumpama ini yang akan dtg puan kantin dpt bagilah sponsor sebagai amal kebajikan kan....... tentu ramai guru yang setuju dngan cadangan saya ni.
Apa-apapun tahniah sekali lg kepada jawatankuasa perlaksana dan juga para pelajar yang menjayakan program ini. Tak lupa kepada pentadbir yg meluluskan peruntukan panitia dalam memberi support kepda program ini. Bagi guru yang ada konflik sikit berkenaan pertembungan program ini dgn perlawanan bola sepak sekolah haraplah berlapang dada. Tengok kepentingan dan rujuk balik prosedur. Yang ada hitam putih itulah yang di dahulukan. sebagaimana kehendak pengetua kita. Demi kebaikan kita bersama juga.
>Zakaria...Taman KDC, 45)<

No comments: